Hakikatnya, cinta, dunia, dengarkanlah. Adakalanya kesibukan memastikan kita terlupa akan perkara-perkara yang mendatangkan gundah di hati kita. Tidak pernah gagal dalam meminggirkan rasa itu dalam ruang hati yang sedia sempit. Namun apabila kesepian bertamu, resah menguasai diri. Allah loves the best of you, seorang sahabat mengatakan. Adakalanya kita terasa diri ketandusan kekuatan, hilang semangat dan punca secara tiba-tiba. Dunia kelihatannya berputar ke arah yang tidak pasti.
Hakikatnya, saya mahu kekal menjadi diri saya sendiri. Mahu berpegang pada landasan itu. Mahu menjalani hidup berdasarkan perkara yang saya tahu. Namun garis yang memisahkan antara kebenaran dan selebihnya kian kabur, bukan? Apabila terpaksa membuat pilihan, tambahan jika tidak difikirkan semasak-masaknya, akan menyebabkan kita berasa menyesal di kemudian hari. Saya cuma berharap, saya telah melakukan perkara yang termampu. Selebihnya, biar Dia yang tentukan.
Benar, adakalanya saya terlalu mencari dan mengharapkan kesempurnaan dalam hidup. Hakikatnya, peluang sebegitu jarang sekali menyapa tirai hidup orang lain. Sewajarnya saya bersyukur sambil berusaha lagi, mungkin kali ini melengkapkan hidup insan lain yang turut mengharap pada kesempurnaan itu. Adakalanya kebahagiaan mutlak tidak terletak pada kebahagiaan sendiri, namun turut bergantung pada kebahagiaan insan lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan