SaUDaRa SiBeR

Isnin, 12 Julai 2010

Bermula sekali lagi


Entah kenapa, saat saya merasakan diri ini sudah patah semangat, ada sahaja insan yang hadir menyedarkan saya akan hakikat bahawa saya masih insan yang bertuah. Dua tahun merupakan satu perjalanan yang banyak likunya. Pelbagai rasa yang saya tempuhi, menjadikan saya manusia. Yup, you are only considered a human being if you feel and think through it. Itu yang menjadikan manusia hidup dalam semangat.
Saya sedang mencari diri melalui membaca, menonton dan mendengar. Adakalanya cebisan-cebisan diri saya ditemui dalam buku, lagu mahupun filem atau drama. Bukankah agak mengkagumkan apabila kita membaca sesuatu dan intipatinya berjaya mengungkap rasa kita. Saya pernah membaca petikan ini dalam sebuah filem dan mangakui kebenaran yang terselit di sebalik kata-kata ini. Wujud satu keterikatan bersama penulis, apatahlagi mungkin dengan meluahkan kata-kata, "aku juga pernah berasa demikian". Selebihnya saya menjadi semakin tertarik untuk menyudahkan bacaan, dengan harapan agar diri ini kembali bersemangat semula untuk bermula sekali lagi, apabila berhadapan dengan cabaran lembaran baru mahupun tatkala bangkit dari sebuah kegagalan. Saya sentiasa berharap agar saya sedia bermula.

Tiada ulasan: