SaUDaRa SiBeR

Ahad, 13 Februari 2011

Stairway to Heaven

Assalamualaikum W.B.T..

Sekian lamanya saya tidak mencatat apa-apa di sini. Hakikatnya hidup saya belum lagi terhenti bahkan kesibukan dan keletihan membuatkan diri meletakkan blogging di tempat yang jauh dari hati. Rindu itu hadir.
Dalam kesempatan masa yang ada, saya cuba kongsikan juga rentetan peristiwa yang berlaku dalam hidup akhir-akhir ini. Malam tadi, saya baru sahaja selesai melunaskan satu tugas yang amat besar (bagi diri sayalah). Majlis makan malam rasmi kelab di tempat pengajian yang sedang saya ikuti. Kata orang, semakin jauh perjalanan hidup kita, semakin kita mengenali diri ini. Saya mahu percaya itu.
Hakikat bahawa saya don't work well under pressure dan sifat kebergantungan saya makin jelas. Saya sangka saya sudah cukup independent namun.. mungkin bukan. Semoga ini menjadi pengajaran buat diri saya. Enough.
Lembaran tugas baru sudah bermula. Moga kali ini saya kurangkan tabiat bertindak mengikut rasa dan banyak muhasabah diri. Saya mahu menerima hakikat bahawa saya insan yang kurang sempurna, namun tidak salah mencari kesempurnaan dalam kehidupan, bukan?

*Seperti biasa saya meneruskan gaya penulisan yang suram*

Tiada ulasan: