Assalamualaikum semua.. First of all, tuan punya blog nak minta maaf sangat-sangat sebab dah lama tak update. Bila baca balik last entry pun macam..
sour Jadi, di sini saya kongsikan gambar-gambar yang sempat saya ambil sebelum meninggalkan Kluang hari tu.
Enjoys.
|
Pandangan terakhir sebelum saya pergi meninggalkan Asrama Puteri. 3 bulan di sini, banyak juga kenangan yang terlakar di memori. |
|
Anak-anak yang kebetulan ada di hadapan Bilik Bahasa Mandarin. Cikgu rindu kat awak, tau tak? ;) |
|
Pejabat SMSJ. Laluan setiap pagi untuk thumb in sebelum bergegas ke Bilik Guru atau ke kantin. |
|
Kenangan di sini : Tengok atlet Hoki (abang senior) mengurut kaki adik junior lelaki yang kekejangan selepas acara larian. Itu yang indah tentang dunia pelajar asrama, ukhwah mereka erat :) |
|
SMSJ KLG. Kenangan di sini : First time tengok monyet berlari merentasi padang semasa acara larian Sukantara berlangsung. Nasib baik keadaan terkawal. Hehe :) |
|
Dewan Sri Karyawan. Sempat dengar ceramah sempena Hari Guru di sini. |
|
Kedai kegemaran saya! Kikiki. Kat sini ada jual banyak roti. Sedap! :) Lokasi di Taman Intan. |
|
Ayer Hitam. Sempat pergi sekali je dengan housemate :(. Jumpa kedai kerepek yang sedap, dan ada menjual patung beruang dengan harga yang berpatutan. Ada banyak pasu-pasu, bunga-bunga (benda-benda yang saya tak minat). |
Sekian sahaja perkongsian saya tentang Kluang. Tiga bulan di situ, banyak pengalaman yang saya timba. Pertama kali mendengar istilah SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi), pertama kali menjejakkan kaki ke SBP, jujur, diri saya terasa kecil dan kekurangan serba-serbi. Tapi Kluang tetap indah, di hati saya :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan