Sedar tak sedar dah masuk bulan tiga. Cepat sungguh masa berlalu. Isnin lepas, aku ada mengajar budak-budak form four Pantun Jenaka dan Sindiran dari Antologi Harga Remaja. Satu rangkap pantun tu memang kena dengan batang hidung sendiri.
Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apa guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.
Jadi.. Aku memang tak pandai masak (T______T) Kurang dari segi teori mahupun praktikal ^____^" Kalau masak pun benda-benda yang merepek-repek yang aku tak berani bagi orang lain makan. Sehinggalah Jumaat baru-baru ni..
Salad buah potong-potong |
Ramai orang kata, perempuan ni, nak tak nak, dia memang akan kena masak. Perkara yang membezakan tentunya dia pandai atau tidak. Aku memang nak belajar masak, cuma adakalanya aku takde keyakinan T___T. Pray for me you guys =P
Semalam juga dunia digemparkan dengan kehilangan pesawat MH370. Sehingga saat entri ini ditulis, masih belum ada sebarang berita tentang kedudukan pesawat tu. Saat tragedi akan menyatukan kita semua (mudah-mudahan). Sesungguhnya berada dalam ketidaktahuan ini melelahkan. #doauntukMH307
Tiada ulasan:
Catat Ulasan