SaUDaRa SiBeR

Isnin, 20 Julai 2009

SeBuaH eNTiTi

Wajarkah aku menulis? Itu soalan pertama yang menerjah benak. Hati kini merusuh, terluka dan barangkali berada dalam wad jagaan rapi. Peristiwa semalam benar-benar menyakitkan, pengalaman yang jerih namun siapa aku untuk mempersoal kerja Tuhan? Selama ini aku kira belajar itu, hanya satu proses pembacaan yang panjang dan tak berkesudahan. Semalam? Terbukalah satu perspektif baru dalam bumi Tuhan yang Maha Kaya ini. Our actions lead us to places that we never thought before. Aku sangka aku tidak memiliki sisi itu. Tekanan + emosi = kemarahan. Formula destruksi yang serius.
Banyak teman yang aku tahu, terjejas akan tempias amarah aku itu. Hati ini tidak pernah putus melagukan senandung maaf, mengharapkan keredaan dan pulihnya keadaan. Aku mungkin harus ke kelas mengurus kemarahan atau cara-cara mengurus tekanan anda. Semalam juga menyaksikan kesedihan, namun aku fikir.. Mari tutup buku semalam dan pandang ke hadapan.. Baca nota Psikologi pula kerana hari ini dengarnya ada test.. Hehe..

2 ulasan:

Farah Azmi SMS berkata...

dina.. what happened???

WaRKaH CiNTa berkata...

Nothing.. Just some major breakout..