Pertama sekali, terima kasih buat teman-teman yang sudi meluangkan masa membaca catatanku yang lepas. Aku amat menghargai, apatahlagi kalian bertindak menemui aku terus, bertanyakan keadaan. Keprihatinan kalian buat aku terharu. Sukacita, aku maklumkan luka lama sudah kambuh namun ... Hidup ini tidak pernah sepi dari masalah. Itulah proses yang mendewasakan kita, lantas tidak wajar mengeluh.
Harus aku akui, segala luka itu mendidikku dalam cara yang tak terjangka. Tapi itu cerita dua hari lepas. Semalam, emosiku sedikit tergoncang mengetahui hakikat salah sahabatku terluka. Aku mengikuti perkembangannya dan cuba menasihati untuk meredakan hatinya. Mujur sahabat itu membuat pertimbangan yang sewajarnya. Terdapat pelbagai cara meluahkan ketidakpuasan hati namun usah menjadi bacul dan enggan bertanggungjawab atas pendapat sendiri. Itu pandangan aku, yang mungkin menerima banyak kritikan atau omongan seperti~ hey, nobody's perfect tapi bercakap belakang tidak akan menyelesaikan masalah. Aku harapkan peristiwa yang melukakanmu turut mendewasakanmu, sahabat!
Hari ini, sesuatu yang amat aku sayangi direnggut. Hati rasa kosong. Kemesraan telah lama luntur, tiada lagi nuansa sayang dalam kata-kata. Mengapa bertindak melontar kenangan? Sedang suatu masa dulu kita pernah saling menyenangi. Dalam fikir ini penuh dengan persoalan. Bagaimana akan diharungi hari-hari mendatang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan