SaUDaRa SiBeR

Jumaat, 24 Julai 2009

Jawa 101

Kelas pada pagi ini serasa meresahkan. Aku tidak dapat menumpukan perhatian, apatahlagi menjadi objektif dalam menilai pembentangan rakan-rakan. Rasaku dibuai amuk berpanjangan. Dalam keresahan itu, puisi ini sempat aku coretkan.. Satu demi satu, menggambarkan rasa yang hadir.

Break me
Each time I hesitate
For seing your tears
Makes me weak

But I have to dear
Break your heart
For I could no longer take it

It hurts
As I left
I know
"We" no longer means the same.

Puisi di atas punya kesinambungan sebenarnya, namun aku bimbang andai ada hati terluka membacanya. Buat masa ini, blog bukanlah satu tempat yang selamat untuk meluah rasa secara total. I learned that the hard way.

Jawa 101? Sebenarnya begini, aku pernah hidup dikelilingi komuniti Jawa ini semasa bersekolah rendah (agama) di Batu 4, Klang dahulu.
Pernah juga mengaji dengan Auntie Mah, seorang wanita Jawa juga. Antara yang aku pelajari ialah cara mengira satu hingga sepuluh, perkataan colong yang maksudnya mencuri,panggilan mbah digunakan untuk nenek dan bibik untuk ibu saudara. Kawanku, Ieen sering menggunakan panggilan-panggilan ini sekitarku.

Perbendaharaan kata dalam bahasa Jawa bertambah pada hari ini, tatkala Kak Nad menghulurkan SMS yang ditaip dalam bahasa Jawa. Ngapuro membawa maksud maafkan dan yang paling mengejutkan, bodo-bodo = sama-sama. Tergelak besar diri aku yang naif ini. A blissful laugh.

Antara ayat-ayat asas yang popular dituturkan dalam bahasa Jawa pula ialah,

Wes Mangan? = Sudah makan?
Wes = Sudah..
Orak Eneng = Belum..

Berdasarkan pemerhatian aku terhadap sekumpulan manusia yang agak kecil jugalah, penggunaan bahasa Jawa dalam kalangan anak muda terutama yang aku kenali sudah semakin menyusut. Mereka hanya mampu mendengar dan memahami. Tapi bila mahu berlawan cakap, agak terbatas kebolehannya. Sedang dalam ingatan ini segar mengimbau ustaz dan ustazah di sekolah agama dulu berbicara dalam bahasa tersebut, pada pandanganku bahasa itu becok sekali bunyinya (pada masa itulah). Insyaallah dalam meraikan ingatan kepada ustaz dan ustazah yang aku dengar masih berbakti, menyebarkan ilmu Tuhan kepada anak-anak didik mereka.. Aku akan cuba meluaskan perbendaharaan dalam Bahasa Jawa ini dengan bantuan rakan-rakan dan mungkin juga pembacaan.

Jika ada pembaca yang ingin menambah perbendaharaan atau membetulkan istilah yang aku senaraikan di atas, silakan..Kita sama-sama belajar, yuk?

Tiada ulasan: