Bulan yang penuh barakah kembali menjenguk sisi kehidupan. Kelakar bila mengenangkan semalam. Kawan-kawan yang beratur untuk membayar makan tengahari. Ada yang hingga penuh satu polisterin. Alasannya, "Biasalah, last kopek kan? Lepas ni dah tak dapat nak makan tengahari lagi.,". Malam tadi juga terasa bermakna. Agak ramai kehadiran sahabat-sahabat menunaikan sunat Terawih di Balai Seni Budaya. Seawal jam 4.30 pagi sudah ada suara siswa melaungkan, "Sahur...Sahur...,". Mak juga menelefon dengan ayat permulaan, "Dah sahur?,". Hehe .. Pengalaman berpuasa di kampus ini pastinya membekas dalam ingatan.
Air mata tidak akan tumpah pada perkara yang tidak bermakna. Aku tahu aku bermakna, sekurang-kurangnya pada seseorang. Ada yang menumpahkan air mata keranaku. Adakalanya kasih hanya akan bermakna jika diungkapkan. Terlalu memendam rasa menyebabkan akhirnya, aku melukakan. Sahabat, aku terlalu gemar menjaga hati tanpa aku sedar tindakan aku melukakan.
Aku tahu, mereka bermakna pada dia. Kerana itu air matanya gugur. Aku, lemah pada air mata itu. Manusia, tidak lari dari melakukan kesalahan. Persoalannya, tindakan yang diambil untuk memperbaik keadaan. Mengekalkan persahabatan aku rasakan satu tugas yang amat mencabar. Ibarat menarik rambut dari dalam tepung. Ada hati yang perlu dijaga. Toleransi bermain-main sentiasa. Tapi, aku gembira bila kalian gembira. Sentiasa. Tiada kompromi tentang itu. Aku sering berharap, masa dahulu akan kembali. Tapi aku sedar, dugaan-dugaan ini yang mematangkan persahabatan kita. Hati kecil berdoa semoga kita tetap utuh setelah segalanya berlalu.
Maaf
Buat kesilapan yang bakal aku lakukan
Hati merayu-rayu inginkan kebersamaan.
Marhaban ya Ramadhan. Moga hadirmu mendekatkanku dengan Pencipta, menghargai nikmat yang melimpah ruah sentiasa. Meraikan barakah yang penuh bermakna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan