SaUDaRa SiBeR

Rabu, 26 Ogos 2009

PerKonGSiaN KeNanGaN

Beberapa hari ini isu penulisan blog macam goreng pisang panas di kuliah. Sudah dua tiga orang pensyarah bertanyakan, ada juga teman-teman meminta alamat ke ruang ini. Buat yang berkesempatan menjenguk, ahlan wa sahlan aku ucapkan. Semoga ruang ini bakal menjadi medan perkongsian. Ketahuilah, penulisanku di blog ini hanya eceran semata. Tidak perlu dianggap serius atau bahan sensasi.
Mungkin belum masanya aku menulis secara serius. Dalam entri kali ini aku ingin berkongsi tentang pengalamanku menghadiri Bengkel Penulisan Kreatif bersama Faisal Tehrani. Semuanya bermula dengan panggilan dari sahabatku, Fauzi. Aku yang sememangnya telah lama meminati penulis ini, agak tertarik mengetahui pemikirannya dalam bidang yang diuliti semenjak di bangku persekolahan lagi. Khamis malam Jumaat, aku berkeras meminta Aini dan Hanim yang sarat membawa makanan dari Putra Food Court menemani aku ke Cafe Kolej Tun Dr. Ismail untuk pendaftaran dan bayaran penyertaan. Baik sungguh hati mereka, apatahlagi kami meredah hujan.
Pagi Ahad, aku melangkah berseorangan ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Debaran kecil terasa. Rupa-rupanya salah seniorku yang menjadi pengarah program. Walaupun terasa asing, masih ada dua tiga wajah yang aku kenal. Penyertaan hampir 30 orang pelajar, menjurus dalam beberapa bidang. Kami bermula awal dari yang sepatutnya, penyampaian penceramah bersahaja namun aku kira kebisuan masih belum dapat dipecahkan pada awal sesi. Satu demi satu aspek dikupas. Banyak ilmu yang aku perolehi.
Kami juga diberi tugasan yang berkait dengan bidang penulisan kreatif. Antaranya, miliki sebuah buku nota untuk mencatat perkara-perkara yang boleh digunakan kemudian dalam penulisan. Terasa bengkel ini tidak ubah seperti kuliah yang santai. Kami juga diminta menghasilkan sebuah cerpen sebelum bengkel susulan. Aku menelan air liur (puasa ni!!) Entah aku mampu atau tidak?
Pulangnya aku kolej sememangnya dengan membawa ilmu dan kenangan yang berharga, malah menggalas satu amanah yang ... Tapi ada seorang teman pernah mengujarkan kata-kata ini kepadaku - Seni itu suatu yang indah. Jangan jadikan ia sebagai satu beban. Mendalam sungguh maksudnya, walau ringkas ujarannya.

Tiada ulasan: