SaUDaRa SiBeR

Jumaat, 4 September 2009

Aku Benci Jadi ...

Aku benci jadi seorang yang outspoken! Entah kenapa hari ni, kesan terlebih tidur agaknya, aku tidak dapat mengawal kata. Kata orang, aku tidak seharusnya menulis dalam keadaan emosi. Sebaiknya penulisan itu disimpan mungkin sehari, kemudian disunting. Selepas itu barulah dipaparkan. Tapi rasa yang terbuku ini mengganggu fikir.

Jangan teruskan
Kau akan terluka
Mereka juga akan terasa

Sesungguhnya, aku bencikan konflik. Kalian mungkin akan fikir, dia ini tidak matang. Lantas dalam ruang inilah aku mencari kematangan yang belum singgah. Melalui pertelingkahan demi pertelingkahan inilah kita sebenarnya akan dewasa.
Tidak harus aku sewenangnya menyanggah. Kenapa aku harus menjatuhkan air muka di hadapan umum? Sebetulnya aku buntu. Malu bertanya sesat jalan. Lantas, relakah aku sesat kerana ingin menjaga muka? Tegakah aku menyaksikan keruntuhan yang telah aku jangkakan? Kepada siapa harus aku suarakan semua ini?
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata ... Memohon kemaafan adalah antara perkara yang paling berat untuk aku lakukan sekarang. Semoga ini menjadi pendorong untuk aku, agar bertindak bijaksana dalam organisasi. Maaf, jika entri ini agak egosentrik. Tapi bila difikirkan semula, kebanyakan entri-entriku di sini sememangnya bersifat begitu. Oleh itu, segala kritikan atau kutukan akan diterima dengan lapang hati.

P/S : Aku dah berjanji dengan seseorang akan menghasilkan satira untuknya. Kebetulan, 'seseorang' itu sedang merajuk denganku (saat aku sedang menaip entri ini). Mungkin ini salah satu cara yang dapat mencuit hatinya kembali? Tapi sejujurnya, aku belum kenal kau luar dalam lagi ... So, idea masih belum bercambah. Sabar ye..

Tiada ulasan: