Kata pensyarahku, sementara Tuhan kurniakan suara, silakan bercakap. Luahkan pendapat itu. Bersyukur atas kurniaan itu. Kerana orang bisu meronta-ronta dambakan kurnia suara. Sememangnya, aku mempunyai pendapat atas setiap perkara. Namun terdapat juga sesetengahnya, aku sengaja mengelak dari memikirkannya. Menjadi seorang aku, amat sukar menyingkir elemen emosi dalam setiap rasa yang lahir. Aku tidak dapat menahan diri dari mengambil kisah. Akhirnya terjadilah fenomena, lu jaga tepi kain lu sendiri boleh tak? Huhu.. Wajah merubah ekspresi, dalam hati siapakan dapat meneka rasa yang berlagu?
Musim peperiksaan bermula, mengambil tempat seperti yang sepatutnya. Aku agak tenang kali ini. Sempat menghabiskan pembacaan sekuel kepada Twilight, New Moon. Aku amat terhutang budi pada tuannya. Terima kasih kerana menghadiahkan aku escapism, walau sejenak. Minda ini terlalu kacau dek tekanan peperiksaan.
Buat seorang teman, ketahui bahawa aku juga rindu akan detik kebersamaan kita. Saat persahabatan ini utuh. Masa lalu apabila waktu, tidak menjadi batas buat kita. Maaf, andai kau pernah beranggapan bahawa aku membencimu. Soal amarah tidak pernah lahir. Hanya kasih yang tumpah tatkala menatap wajahmu. Hanya ingatan tulus tatkala mendengar namamu. Dari kejauhan, aku mendoakan kesejahteraanmu. Sungguh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan