Ahad lalu, aku menjejak ke KLCC. Niat di hati sekadar ingin menemani seorang kakak yang sentiasa memahami. Juga, mengambil peluang menghirup udara luar kampus yang jarang datang. Dalam perjalanan ke KL Sentral, tren Komuter yang sesak amat mengujiku. Aku tidak akan memaksa diri berhimpit seperti di dalam tin sardin selayaknya lagi. I learned a valueable lesson. Syukurlah, tren ke KLCC menghadiahkan pemandangan kota yang tidak pernah gagal mengasyikkan diri ini. Aroma kopi menerpa sebaik sahaja kami menjejak stesen tren di KLCC.
Selepas makan, kami beredar pula ke Kinokuniya. Aku hampir-hampir gila sepanjang tempoh berada di sana! Buku-buku yang ada seolah memanggil-manggil aku agar memerhatikan mereka. Seterusnya, mungkin menyentuh, mengalihkannya dari rak dan meneliti kandungannya. Aku sedaya upaya cuba menahan diri dari membeli sekuel New Moon, Eclipse. Namun sempat aku membelek kesudahannya.
Akhirnya, aku melangkah keluar dari Kinokuniya sebagai pemilik senaskah Saasatul Ibaad, karya Faisal Tehrani. 'Pelaku Siasah', maksudnya menurut penulis. Semasa meronda-ronda di KLCC (sekadar membunuh masa), sempat lagi aku mengimbas catatan penulis. Aku perasan, kami hanya berlegar di kawasan yang sama. Akhirnya tercetuslah fenomena, Lost in KLCC. Kami hanya berputar di satu tingkat sahaja, sedangkan KLCC itu terbina dari entah berapa tingkat sepatutnya. Adakalanya aku rasa amat akrab dengan Kuala Lumpur, kota kelahiranku, Kuala Lumpur (walaupun selepas dilahirkan, aku terus dibawa pulang ke Klang dan kini berpindah ke Melaka). Kota ini bagaikan titik pertemuan, menyaksikan kedatangan pelbagai warga. Rasa kemanusiaan menebal di mana-mana. Aku juga terkejut sendiri, menyaksikan kepelbagaian budaya yang menjadi SATU, di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan