SaUDaRa SiBeR

Jumaat, 9 Oktober 2009

LeTiH YaNG MeMBuNGKuS DiRi

Syawal sudah hampir ke penghujungnya, membawa kemeriahan yang berlalu. Belum sempat warna Aidilfitri menyapa hidupku sebagai siswi yang serba sibuk ini. Mana tidaknya, usai cuti Aidilfitri aku segera kembali ke kampus. Sepanjang minggu hari-hari yang berlalu diserabutkan dengan urusan pementasan dan tugasan yang perlu dihantar. Akhirnya, menjelang Jumaat, Halusinasi mengambil tempat. Banyak perkara yang dipelajari, masih banyak yang perlu diperbaiki. Aku, cukup tidak suka mengguris hati dan perasaan orang lain. Aku tahu betapa sakitnya jika hati dan perasaan ini digurisi. MAAF - Komenasai!
Aku cuba menjadi yang terbaik untuk semua. Aku mahu cuba memahami perasaan, kedudukan dan masalah anda semua. Maaf, andai dalam kesibukan atau terburu-buru, aku terlepas pandang. Lantas, ada hati yang terluka tanpa aku sedari. Masa-masa sibuk dek tugasan banyak melalaikanku. Cuma kini aku mahu mengambil setapak langkah ke belakang, merenung diri dan kehidupan ini. Aku ingin mohon petunjuk pada Ilahi, semoga aku redha ke atas apa yang terjadi. Mungkin tanpa aku sedar, ia baik buat diri sendiri. The thing that you want might not be good for you, but the thing that you do not want might be good for you. Renung-renungkan, dan selamat beramal...

Tiada ulasan: