SaUDaRa SiBeR

Khamis, 19 November 2009

Menjengah UKM

Dari 15 hingga 18 November, keberadaanku di UKM mengundang pelbagai rasa. Agak sukar memegang peranan sebagai satu-satunya wakil Sekretariat, namun aku gagahkan juga atas rasa tanggungjawab. Adakalanya aku terasa begitu kecil dalam kalangan nama-nama besar, apatahlagi aku baru mula bertatih dalam bidang kepimpinan. Barangkali ini baru langkah pertama. Everything begins with a single step. Moga-moga langkah yang kuharungi ini akan berpanjangan dan membuka peluang lain pula. Sepanjang empat hari, tiga malam kami menghadiri konvesyen di UKM. Berada di dalam dunia akademik memaksa aku berfikir dan terus berfikir.
Adakalanya aku tidak mahu menjadi dewasa. Apatahlagi tuntutan minda orang dewasa memaksa aku untuk memikirkan hal-hal yang besar-besar dan perkara-perkara yang berada di luar jangkauan. Setiap langkah yang diambil terasa amat menyesakkan. Ignorance is bliss. Mungkin tidak mengetahui adalah lebih baik. Tapi sesungguhnya, manusia yang tidak mengenal Tuhannya, tidak mengenal dirinya sendiri. Sepanjang konvensyen, kami dihidangkan dengan pembentangan kertas-kertas kerja berkaitan pencegahan rasuah dan pemerkasaan integriti. Aksara-aksara yang membentuk isi penyampaian mengetuk minda, menyentak benak dan memaksa untuk berfikir malah mencabar. Segugus rasa kasih buat senior yang memperkenalkanku kepada sisi dunia yang ini. Insyaallah, akanku manfaatkan pengalaman dan kenangan sepanjang usiaku di sini.

Tiada ulasan: