Seperti yang anda sedia maklum, semester kedua pengajian di UPM telah bermula sejak 28 Disember lalu. Tujuh hari pertama yang saya harungi sebagai pelajar semester keempat adalah agak mencabar, apatahlagi mampu membuat saya seolah hilang pedoman seketika. Saya cuba menghindari sebarang fikiran negatif yang acapkali mengetuk pintu benak, namun adakalanya ia menerobos masuk ke ruang fikir juga. Mudahnya saya terlupa akan sebab keberadaan saya di sini, semoga saya tidak akan lupa lagi. Semoga keluarga saya akan sentiasa berada di hati.
Minggu pertama ini diwarnai gelak ceria teman-teman, yang ralit berkongsi cerita. Saya turut tidak ketinggalan menjengah ruang-ruang yang terbuka, menghabiskan masa bersama setelah hampir dua bulan kami terpisah. Satu perkara yang pasti, semester yang mencabar menanti kami. Semoga saya sendiri dan teman-teman bersiaga menangani semuanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan