SaUDaRa SiBeR

Ahad, 8 Mei 2011

Entri Untuk Mak

Salam.
Sebak mengenangkan aku takde di sisi Mak pada Hari Ibu. Boleh dikatakan hidup aku yang tak tentu arah ni sebahagian besarnya dipengaruhi oleh Mak. Ucapan demi ucapan 'Selamat Hari Ibu' yang aku baca di Facebook sedikit sebanyak menggugah rasa. Seksa sungguh rasa berjauhan begini. Kehidupan di universiti merupakan kali kedua aku berjauhan dari rumah. Pernah aku ke sekolah berasrama selama setahun tapi biasalahkan, semua orang ada sejarah masing-masing. Yang paling tak dapat aku lupa ialah saat aku menelefon Mak ketika minggu orientasi dulu. Banjir dengan air mata..
Tiga tahun aku di sini. Tapi sebelum ni hari-hari Ibu yang berlalu tak mendatangkan kesan apa pun. Mungkin tahun ni agak berbeza. Dugaan yang aku terima buat aku rasa terlalu menginginkan kehadiran Mak di sisi. Mak lah sumber aku untuk jadi kuat. Tapi aku faham, Mak juga punya masalah sendiri. Aku enggan buat Mak susah hati. Kami bahagia dengan cara tersendiri.
Aku bukanlah jenis yang akan terang-terangan wish "Happy Mother's Day" di Facebook kemudian tag nama Mak. Hu.. Tak berani, itu satu. Kurang macho (pergh!) itu lagi satu. Entah bila tembok "macho" ini akan runtuh (tunggu aku jadi pompuan sikit). Haha XD Emotional roller coaster ride betul entri yang satu nih. Sekejap aku menangis, sekejap aku ketawa. Yang pasti cuti empat bulan ni aku akan cuba abadikan masa dan berbakti pada ibu bapa. Sejak dulu lagi, aku selalu buat Mak susah hati.
Umur dah 23 tapi masak pun tak reti. Pot pet pot pet dan sekian. Heheh. Mungkin Mak risau. Aku ni nama je suka makan tapi susah sikit nak belajar masak. Insyaallah Mak, bila tiba masanya akak akan belajar buat semua tu. Kalau tak belajar pun nanti satu masa akak akan 'terpaksa' buat semua tu. Fikir mudah.
Mungkin ramai yang 'hairan'. Aku ni seorang yang berfikiran simple je dan tak berapa bagus dalam penulisan. Tapi aku sangat suka membaca. Hidup tanpa buku macam tak lengkap aje. Mak pun lama-lama macam dah faham dengan tabiat anaknya yang sorang ni. Enggan berlama-lama di sini, ada tugas yang menanti.
Salam sayang untuk semua, khusus untuk Mak dan ibu-ibu di dunia. I know you've done your best cuma kadang-kadang anak-anak je tak reti nak appreciate. 'Orang muda' lah katakan. I know you'll understand but I hope I'll be better. Doakan akak, Mak~
Muka cikgu 'Mak' yang garang. Kalau korang tuduh aku ni muka sombong dan tak reti nak senyum, inilah sumber inspirasinya. Heheh. Tapi aku boleh je get along dengan orang-orang yang aku kenal.
Yang ni gambar Mak with adik dearie. Mak memang lagi mesra dengan adik aku yang sorang ni (fu.. ada nada cemburu di situ). Biasalah. Dia kan anak bongsu. Aku ni pulak nak mempertahankan gagasan "macho" bawaan diri yang entah bila nak bertukar~ Sedar lah diri sikit yang awak tu pompuan. Haha XD

Sekian. Take care and Allah bless :)

Tiada ulasan: