SaUDaRa SiBeR

Sabtu, 7 Mei 2011

Khabar Tentang Diri

Salam..
Terasa lama sangat tak mengemaskini blog ni. Terlalu banyak perkara yang menuntut perhatian, dan longgokan perkara itu kian surut apabila hujung semester menghampiri. Impian untuk menjadi seorang active blogger hanya tinggal impian.
Secara rasminya, semester keenam pengajian telah melabuhkan tirainya beberapa jam yang lalu. Perasaan? Tentulah bercampur-baur. Memikirkan soalan final yang 'membunuh' dan perkara-perkara yang perlu diselesaikan sebelum pulang untuk bercuti. Lagu ini sering bermain di fikiran, walaupun ketika sedang menjawab soalan peperiksaan. Sekadar ingin berkongsi.



Acara tahunan, Pesta Buku Antarabangsa juga melakar memori tersendiri dalam semester pengajian kali ini. Bersesak dari stesen komuter Serdang sehinggalah ke dalam PWTC sendiri. Terlalu ramai nampaknya pengunjung pesta buku pada tahun ini. Walaubagaimanapun aku berpuas hati apabila berjaya mendapatkan buku-buku yang dicari. Potongan harga yang ditawarkan juga tidak mengecewakan. Soalnya, masih adakah lagi peluang untuk berkunjung ke pesta buku seperti ini? Hm~
Buku-buku Faisal Tehrani of course lah mesti dibeli. Hehe. Buku Hlovate juga tidak ketinggalan. Namun tahun ini aku turut menjadi peminat Ramlee Awang Murshid. Novel terbarunya, Sutera Bidadari dilancarkan pada pesta buku kali ini. Sedangkan aku masih tidak usai membaca "Hijab Sang Pencinta"~ Semoga cuti 4 bulan ini akan kuisi dengan pengisian yang bermanfaat :)
Selesai dengan peperiksaan akhir, penulisan ilmiah tahun akhir pula menanti. Aku sedang melunasinya dengan kadar minimum, buat masa ini. Selepas itu barulah aku benar-benar boleh mengatakan " Sixth semester, I'm done with you".
Take care and god bless :)

Tiada ulasan: