SaUDaRa SiBeR

Jumaat, 23 September 2011

Ceritera Malam

Sudah hampir dua minggu saya kembali menjalani kehidupan sebagai pelajar. Setiap semester itu pastinya berbeza, dan semester ini tidak terkecuali. Kuliah pertama saya hadiri dengan keadaan kurang bersedia. Namun menjelang hujung minggu keadaan mula berubah. Kelas-kelas yang saya ikuti pada semester ini memiliki daya penarik yang tersendiri. Walaupun adakalanya hati ini gerun memerhatikan senarai tugasan yang diterima, namun saya tetap mengharapkan bahawa saya mampu memberikan yang terbaik untuk semester ini (moga-moga, Insyaallah).
Seperti teman seperjuangan yang lain juga, saya tidak lari dari perasaan runsing memikirkan Projek Tahun Akhir yang belum diselesaikan. Berita terkini yang diterima pula jauh dari "menggembirakan". Dalam masa lebih kurang sepuluh hari, kami dikehendaki membentangkan kertas cadangan bagi projek ini. Bagaikan terngiang-ngiang pembetulan yang penyelia saya sebutkan, sedangkan diri masih belum sempat menukangi sebarang perkembangan dalam projek ini sejak menjalankan kajian rintis seminggu sebelum semester ini bermula. Tugasan-tugasan lain juga menuntut perhatian. Inilah masanya untuk saya mula bekerja! Semoga saya cukup kuat untuk menghadapi dugaan ini. Amin..
Buat teman-teman yang lain juga, semoga berjaya dalam pembentangan ini. Barang siapa yang bersungguh-sungguh akan mendapatkannya :)


Duduk berehat di pohon angsana,
Bunga jatuh beraneka warna,
Kalau hasrat belum terlaksana,
Kuatkan semangat tingkatkan usaha.

Pesanan dari Tuan Punya Blog : Tak payah le tekan link kat bawah tu untuk kesejahteraan laptop anda. Rasanya laptop ni pun dah ternak banyak virus dah ni (kes salah download lah ni. Huhu ^.^)
_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?55bd6bbecbfc68591a4734e18d627afe

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?55bd6bbecbfc68591a4734e18d627afe

2 ulasan:

Engku Muzahadin berkata...

Cayok! Cayok!

WaRKaH CiNTa berkata...

Hehe.. Cayok2 to you as well :)

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me