SaUDaRa SiBeR

Khamis, 13 Oktober 2011

Bertemankan Cheezy Wedges dan Whipped Potato KFC



Assalamualaikum W.B.T...
Setelah membaca semula entri-entri lama di sini, saya mendapati satu perkara. Blog ni memang pelik. Kejap aku kejap saya. Mental ke? Hehe.. Nampak sangat krisis identitinya. Apakan daya, mungkin dalam fikiran saya belum anda mindset untuk menulis. Jadi saya pun membebel, membebel dan terus.. membebel.
Gelaran pelajar tahun akhir yang saya sandang kini terasa amat menggugah. Tanggungjawab yang datang bersamanya bukan sedikit. Penjadualan kuliah untuk semester ini juga lain dari kebiasaan. Pertama kali ada kelas sampai malam. Sampai 2,3 kelas amali. Mungkin inilah namanya gaya pembelajaran pelajar tahun akhir, kurang teori dan lebih kepada aplikasi. Rasa selesa dengan kehidupan sebagai pelajar juga mula mekar dalam diri. Namun apakan daya, tempoh bergelar pelajar hanya tinggal seketika cuma. Ironi, kan?
Tiga tahun. Tak terasa tiga tahun telah berlalu. Setahun. Hanya setahun yang tinggal untuk saya menyulam kenangan di sini. Selepas ini saya akan menempuh dunia baru, dan sekali lagi saya akan belajar lagi, mengharungi dunia itu. Kitaran hidup yang sentiasa begitu. Tiga tahun yang bermakna. Tiga tahun yang mendewasakan. Tiga tahun yang terisi dengan pengalaman. Melankolia sungguh mood saya pada malam ini. Sekadar ingin berkongsi apa yang terlintas di hati dan rasa.
Jadual kuliah yang padat dari Isnin hingga Rabu, kemudian terlalu 'lapang' pula dari Khamis hingga Ahad benar-benar menguji kemahiran pengurusan masa (yang sedang cuba saya kuasai). Sudah tidak boleh berlengah lagi. Kalau dahulu ada juga rakan sekumpulan yang mengingatkan tugasan namun semester ini lebih banyak menemukan saya dengan tugasan individu pula. Tugasan yang menuntut gerak kendiri. Kenalah motivasikan diri sendiri. Huhu..
Dalam kesibukan kuliah dan tugasan sempat juga saya mencuri masa berkelana bersama kawan-kawan. Mungkin inilah masanya untuk benar-benar mengenali tempat ini. Sisi dunia yang bakal dirindui.

Jangan lupa jaga kesihatan walau ditenggelami kesibukan. Kalau dah tak sihat satu benda pun dah tak boleh buat nanti. Sayang diri :)

Tiada ulasan: