SaUDaRa SiBeR

Sabtu, 5 November 2011

Wanita-wanita Yang Kukagumi

Feminisme. Emansipasi wanita. Dunia yang diungguli oleh wanita-wanita berkuasa. Ikon yang menggamit wanita-wanita muda untuk berjuang atas nama sendiri. Wanita-wanita yang menggamit saya dalam pencarian diri.

1.

Sejak berpeluang menonton rancangannya, saya pasti tidak akan melepaskan peluang setiap kali berkelapangan. Dia membawa manusia dari segenap jenis lapisan masyarakat dalam rancangannya. Dia mendengar cerita setiap satu dari mereka. Dia berkongsi idea bersama penontonnya. Dia satu dalam sejuta (erk?). Semoga satu hari nanti ada 'diri' nya dalam diri saya, sebagaimana saya mahu mengetahui citra manusia yang pelbagai.

2.

Pernah berkesempatan bertemu dengannya. Kagum dengan ceritera perjalanan yang melingkari dirinya. Berupaya mencetus semangat dan inspirasi setiap kali berkata-kata. Namun belum berkesempatan untuk membaca penulisannya. Dirinya yang masih perlu kukenali.

3.

Buku pertamanya yang kubaca saat menguliti dunia remaja. Karya yang bertanggung jawab menerbitkan cinta pada pengkisahan sejarah, menerbitkan cinta pada kisah Tuah dan Jebat. Rindu untuk tenggelam dalam naskah ini sentiasa ada.

Last but not least, my mum my inspiration. Insan yang paling dekat. Yang paling mengenali. Yang.. tahu serba-serbi. Yang perlu lebih disayangi. (Hm..) Selamat Hari Raya Aidil Adha semua. Sebentar lagi akan menjengah kampung halaman bertemu keluarga. Ada bunga dalam taman hati. Hehe =)

Tiada ulasan: