SaUDaRa SiBeR

Jumaat, 7 September 2012

Kuiz 1 : What Is Your Animal Personality?

Huhu.. Memandangkan tuan punya belog dilanda kebosanan yang teramat, jadi dia telah memaksa dirinya untuk menjawab kuiz personaliti kat Quizilla. Tajuk kuiz berkenaan ialah : Apakah personaliti haiwan anda?

Enough menceceh. Dan keputusannya ialah ...

Saya ialah seekor ... Serigala. Huhu~

Boleh jadi berdikari (kalau benda tu memang boleh dibuat sendiri memang tuan punya diri nak buat semuanya), kuat semangat (errr... saya takde komen tentang itu) dan sering disalah erti. Memang. Saya pun rasa macam tu. Sentap sikit. Haha XD Hanya beberapa orang sahaja yang benar-benar memahami saya (mungkin betul, dan saya bersyukur kerana mereka wujud dalam hidup saya).

Saya juga sangat terikat dengan beberapa 'mereka' yang saya hargai dan hormati itu. Iyelah, bukan pendapat semua orang kita nak dengar. Kepercayaan itu bukan perkara yang boleh dipandang enteng, bukan? Dan seterusnya, saya selalu menganggap bahawa diri saya ni keseorangan, namun saya sebenarnya sering mencari keselesaan dalam kalangan kawan-kawan saya.

Statement yang last tu... Mcm self-fulfilling prophecy pun ada. Huhu~ Sekian sahaja sesi mengarut untuk kali ini. Kalau sape2 yang bosan tu boleh join buat kuiz macam saya jugak ye. Have a nice day sume :)

* Entri pos keputusan kuiz personaliti ini diinspirasikan oleh novel 5 Tahun, 5 Bulan karya Hlovate. Mungkin betul kata Jo@Ana, kuiz personaliti ni memang boleh bantu kita kenal diri sendiri. Hehe :)

Tiada ulasan: