SaUDaRa SiBeR

Khamis, 16 Ogos 2012

Still here! :)


Ehem.. Pernahkah anda mendengar istilah 'graphophobia' sebelum ini? Huhuhu.. Bunyi dah macam trivia 'tahukah anda?' je. Hm~ Okeh, straight to the point. Mungkin ini akan kedengaran klise atau janggal dan tak perlu pun sebenarnya tapi... ketiadaan entri untuk beberapa bulan sebelum ni adalah kerana... INI. Graphophobia. Telan air liur

Beberapa bulan telah pun berlalu dan dengan sukadukacitanya saya mengumumkan bahawa... saya telah menamatkan latihan praktikum saya!! Huhu.. Walau pun ada hari-harinya saya mengharapkan bahawa ia berakhir dengan lebih cepat. Siapa tak harap macam tu kalau asyik tension bila nak kena observe weh... Huhu >.~ Tempoh 3 bulan tu sememangnya telah membuka mata saya. Dengan seluasnya. Dan...

Saya rasa macam gerun untuk menyahut cabaran untuk menjadi seorang guru. Seriously. Cabaran yang dihadapi telah saya tempuhi dan akhirnya yang tinggal hanya... PENYESALAN. I've not given my best and I wish I could do better, or do it the other way around which ever make sense, I guess. Something did come out of it. QUESTIONS. Too many questions left to be answered.

Saya sebenarnya sangat suka menulis. Tapi, entahlah. Adakalanya sempadan perkara yang sesuai dikongsikan itu agak kabur. Berkali-kali saya menulis tengok je lah senarai draft saya tapi saya tak berani nak 'publish' kan. Rasa tertekan. Entri ini sedikit sebanyak membuatkan saya loosen up untuk menulis semula. Mungkin selepas ini saya sesuai menulis jurnal atau diari sahaja? Kerana ada perkara yang terlalu peribadi untuk dikongsikan itupun nak bagitau ke?. Okeh, that's the signal to stop sebelum saya menceceh dengan panjang lebar lagi.

Saya... semacam hilang semangat sejak selesai berpraktikal. Mungkin agak letih hidup dengan penyesalan yang tak sudah. But hey, I gotta leave it at some point and move forward, kan? Mencari konklusinya, atau apa saja yang mampu meredakan soalan-soalan yang terus menghantui ini So much for the end of Ramadhan entry.

In case this is my last post, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin semua.

Tiada ulasan: