SaUDaRa SiBeR

Jumaat, 9 Mac 2012

Galau

Ada sesuatu yang bermain di dasar fikir setelah sekian lama dan sejak akhir-akhir ini perkara itu seakan mengasak pula. Memandangkan masa untuk berpraktikal kian menghampiri, aku kian dihantui persoalan ini - Memadaikah apa yang aku tahu selama ini? Bak kata Socrates, the more you know, the more you realize you know nothing. Semua ini mungkin berpunca dari kata-kata pensyarahku di kelas penulisan kreatif. Betapa kurangnya aku membaca karya-karya sastera tersohor oleh penulis-penulis terkemuka di Malaysia. Betapa kerapnya juga aku mendengar ungkapan, you are what you read or what you eat, hehe.
Apabila beliau juga turut berkongsi tentang peningkatan peratus kelulusan kertas Kesusasteraan Melayu untuk peperiksaan STPM, hatiku melagukan syukur. Semoga fakta itu membawa kesan baik kepada matapelajaran yang dikatakan kian pupus di sekolah-sekolah ini. Sepanjang empat tahun di sini, aku sendiri dapat menyaksikan serta menyimpulkan bahawa perjuangan Sastera Malaysia sememangnya masih panjang.
Namun keadaan kini mungkin agak baik berbanding dulu. Hidup mati dunia sastera mungkin terletak pada tangan aku sedikit, mungkin tidak banyak, selaku bakal guru Bahasa Melayu yang juga mengambil option Kesusasteraan Melayu. Semoga aku dapat mencambahkan minat dan benih kecintaan terhadap dunia ini kepada anak-anak murid-muridku kelak, seperti yang telah dilakukan oleh guruku yang terdahulu. :)

Tiada ulasan: