SaUDaRa SiBeR

Jumaat, 14 Disember 2012

Buku Lagi

Assalamualaikum W.B.T...

Bismillahirrahmanirrahim..

Ehem2~ Hi again.. Setelah sekian lama, akhirnya tergerak juga hati saya untuk mengupdate sesuatu untuk kesekian kalinya. Dah lama rasanya saya tak berbelanja untuk buku (kali terakhir membeli semasa praktikum, untuk sebuah novel yang bertajuk 'Suami Aku Ustaz'). Setelah sekian lama, saya tidak melepaskan peluang apabila bertemu naskah ini di rak MPH Mydin MITC.


Teruja, kerana saya sememangnya telah berhasrat memiliki buku ini sejak April. Namun apakan daya, saya tidak berpeluang ke PBAKL tahun ini kerana terikat dengan komitmen di Melaka. Dah la buku-buku macam ni sukar diperolehi di kedai-kedai 'biasa'! Tersenyum lebar sampai ke telinga ni! :) Selain itu, kalendar yang diberi percuma semasa membeli Big Apple juga mencuit hati saya.


Apa juga yang saya rasa dan terlintas di benak fikir sebelum ini adalah sebahagian dari pengalaman yang perlu saya tempuhi untuk mendewasakan. Semoga saya belajar dan mengambil ikhtibar. Fikiran positif adakalanya perlu dipupuk, dan mungkin apabila saya memenuhkan kalendar ini dengan agenda-agenda yang produktif dan positif, In Sha Allah akhirnya saya dapat menyibukkan diri serta meneruskan kehidupan.

Salam Jumaat untuk semua :)

2 ulasan:

Engku Muzahadin berkata...

comel la kalender tu..nak big apple gak..hehe

WaRKaH CiNTa berkata...

Er.. Ada lagi seketul dalam fridge. Meh la dtg Melaka klu nk amik.. Haha XD