SaUDaRa SiBeR

Isnin, 7 Januari 2013

My Cousin's Engagement & Big Bad Wolf Sale

In the center are my cousin Fatin with her fiancee (can't remember the guys name)
With me and my sis, backdrop pelamin tunang yang cute :)

Peminat-peminat buku tentu kenal lambang pada beg plastik ini

Hasil setelah hampir sejam setengah meredah lautan buku
Ini pertama kali saya menghadiri majlis pertunangan sepupu dalam usia yang agak dewasa. Suasananya agak berbeza berbanding dahulu.
Setelah sejam meredah kesesakan lalu lintas menghala ke MIECC, akhirnya saya dan adinda tercinta berjaya menjejakkan kaki ke Big Bad Wolf Sale! :)
Chicken Soup tentunya tidak pernah menghampakan dan Jane Eyre, saya jatuh cinta pada kisahnya sejak menonton filem itu di HBO. Tentulah saya ingin membaca sendiri novelnya! For One More Day, cubaan untuk membaca sesuatu yang baru. Saya pernah mendengar tentang Tuesdays With Morrie sebelum ini. Tanggapan saya, karya yang diterjemahkan kepada Bahasa Melayu sudah tentu mempunyai elemen penarik yang tersendiri, bukan? Classical Mythology, mungkin jawapan untuk semua filem-filem bertemakan Greek dan Rome mythology yang pernah saya tonton sebelum ini. Sekadar brief insights untuk sedikit pencerahan.

Jadi, sementara menunggu panggilan temuduga, saya akan berhibernasi bersama buku-buku ini. Mungkin akan sesekali membaca nota skop soalan-soalan temuduga. 

KAMI NAK POSTING! :)

Tiada ulasan: