SaUDaRa SiBeR

Selasa, 11 Ogos 2009

Dugaan~Nya

Maaf, andai ruang ini lebih kerap aku gunakan untuk mencurah rasa. Kebuntuan membawa aku ke jalan ini. Lantas aku memahami andai kalian berpaling tika dan saat ini.
DugaanNya seperti tidak berhenti menguji diri. Adakalanya aku hilang pertimbangan, mengeluarkan kata-kata yang melukakan. Puisi klise ini kuturunkan buat sahabat-sahabat yang terluka. Ini isi hati.

Maaf teman,
Tiada lagi senyum buatmu,
Kerana diriku sudah tidak 'ikhlas' lagi,
Memintal persahabatan.

Dalam bahasa sunyi,
Aku berdoa agar senyum itu,
Hadir lagi,
Jika kebisuan diri mendera,
Mengertilah,
Aku tak mahu ada hati terluka dek bilah kata.

Aku kerap mengingatkan, hidup tidak bermakna jika kita tidak mencabar diri. Tidur tidak lagi lena memikirkan kewujudan yang tidak bermakna.

1 ulasan:

Eun Ariki Aizawa berkata...

bilah-bilah kata,
umpama pedang berbisa,
sekali menghiris lukanya tetap ada,
andai luka sembuh jua,
parutnya tetap nyata,
kalimah dan aksara kata,
rumit diteroka,
menyesakan dada,
kadang-kala,
bisu itu senjata,
yang memahami akan terasa,
peritnya kata tanpa bicara