SaUDaRa SiBeR

Isnin, 10 Ogos 2009

Katakanlah...

Catatan kali ini lebih berbentuk pesan. Pertama, jika ingin mengarang di blog, jangan laksanakan di saat emosi. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kemahiran mendengar amat penting dalam berorganisasi. Baik kepada ketua mahupun anak buahya. Ketua sewajarnya mendengar pandangan anak-anak buahnya. Anak buah juga seharusnya mendengar arahan ketuanya. Pandangan, walau dari seorang anak buah, tetap bermakna. Apatahlagi jika kebuntuan idea. Walau tidak diterima, dapat juga digunakan sebagai pemangkin langkah seterusnya. Menjamin kesinambungan idea. Pertalian ini tidak akan mati.
Anak buah juga bukan sahaja harus patuh, malah mendengar arahan ketuanya. Walau tampak tegas, barangkali hati ketuanya itu meruntun. Tolonglah, aku mohon pengertian. Adakalanya rayuan itu, walau tampak melemahkan namun lebih berkesan dari apa jua yang bernada tinggi, yang keluar dari mulut seseorang. Ah, aku sudah melanggar peraturan ayat yang diutarakan Dr. Roselan. Barangkali, jika anak buah itu mendengar setulusnya, juga berusaha memahaminya, ketua itu takkan terpaksa meninggikan suara. Seringkali aku alami keadaan sebegini. Suara yang bernada tinggi itu sering mencalarkan hati yang sensitif.
Aku rasakan aku tidak pernah dewasa.

Tiada ulasan: