Akhir-akhir ini aku sering lewat. Benci juga, sesekali ditinggalkan dan meninggalkan. Adakalanya terpaksa pergi kelas awal kerana komitmen lain. Aduh.. Kesibukan ini aku lihat sebagai 'memisahkan'. Kelas berjalan seperti biasa. Tugasan pula hanya akan dijengah apabila tiba saat-saat akhir. Ini membuatkan aku mempersoal kualiti tugasan yang dihasilkan - seperti kata Kak Rina.
Dalam kesibukan sempat kami melencongkan perjalanan ke Mines. Ada janji yang perlu ditepati. Namun setibanya kami di sana, ada kata-kata yang telah dimungkiri. Kecewa. Sukar rasanya meletakkan kepercayaan kepada sesiapa jua kini. Sempat juga kami (aku, Aini dan Kak Nad) bercanda semasa menunggu bas. Kami bersama menghasilkan skrip drama sebabak. Tapi sekadar untuk suka-suka. Tuan Haji Shamsudin "mungkin" akan bangga.
Dalam perjalanan pulang, kami disergah seorang perempuan yang menghampiri. "Akak, boleh mintak lima ringgit tak buat makan? Saya mau kasi anak. Saya asal Johor. Saya baru keluar dari penjara hari ni." Aku terperanjat, kaget dan terpaku. Spontan tangan diangkat, mengisyaratkan 'tidak'. Mencari kata-kata yang sesuai. "Sorrylah, saya tak boleh tolong." Rasa tak kena ayat tu bila di tangan kami ada pizza, sundae McD dan marshmallows. Simpati menjalar. Serba salah antara ingin menolong atau tidak. RM 5 bukanlah sebesar mana berbanding makanan yang kami pegang di tangan. Tapi cerita begini acapkali bermain di telinga. "Saya masuk penjara bukan sebab... " terhenti. "Salah",aku membantunya menghabiskan ayat. Perempuan ini emosi. Barangkali cuba menarik simpati. "Saya masuk penjara pasal VCD punya. Masuk penjara bukan orang jahat. Kalau saya jahat, dalam sana, saya minta duit saya sudah amik sama dia oo..". Perempuan itu berlalu pergi. Aku memerhati susuk tubuhnya yang kurus, hilang ditelan kegelapan malam. Buat seketika aku terasa amat bersyukur. Masih dikurniakan pelbagai nikmat. Semoga aku akan menggunakan sebaiknya, membuahkan perkara yang bermanfaat.
2 ulasan:
Sedih lak aku baca... Kalo aku pun aku tak bagi..
kalo akak,mungkin akak akan bagi..tp bila statment kuar penjara..myb seram sket kot...tak pun akak terpaku sebarang dua tiga saat sebelum menjawab...hahahaha
Catat Ulasan