SaUDaRa SiBeR

Khamis, 13 Januari 2011

O2


Setelah membaca catatan-catatan lama, entah kenapa rasa keterujaan untuk mengemaskini blog terasa seperti ditiup-tiup. Fuh2!!
Lazimnya pada awal semester saya akan melibatkan diri dalam sesi perkongsian cerita bersama teman-teman (mungkin dalam beberapa sesi). Selalunya dalam minggu pertama, namun semester ini ternyata berbeza. Kesempatan itu saya dapati semakin berkurangan. Faktor jarak dan masa mungkin penyebabnya. Kesibukan. Kami dihimpit tugasan seawal hari pertama kuliah.
Masih adakah ruang untuk saya bernafas?

2 ulasan:

Engku Muzahadin berkata...

Kesibukan semakin menjalar di segenap nafas yang terhembus di kampus hijau ini...

WaRKaH CiNTa berkata...

Kesibukan yang bertimpa tentunya membawa maksud yang tersirat. Terpulang pada diri untuk mentafsir, namun lihatlah ia dari sudut yang cerah. Semoga ketabahan dan kekuatan menjadi teman kita.