SaUDaRa SiBeR

Selasa, 14 Jun 2011

Holiday Entry

Salam. Tanggal 13 Jun 2011, maka genaplah sebulan (30 hari) aku bercuti dari kehidupan aku sebagai seorang pelajar universiti (skema). Tapi, menjelang hari ke 14, aku dah pun mula rasa bosan. Memang masin mulut aku bila aku kata "bagilah dua minggu kat umah, tentu dah rasa boring". Ramalanku ternyata benar belaka. Heheh.
Ok. Sepanjang sebulan aku di rumah ni, bukanlah aku buat apa sangat. Minggu pertama, adik ku yang tengah masih lagi di rumah. At least ada jugak teman. Lepas tu dia pun masuk semester baru - final semester pulak tu. Untuk pengetahuan, sebelum ni dia berulang alik dari rumah ke kampus. Tapi untuk semester akhir ni dia menyewa. Kesian jugak tengok dia tu, tp nk buat camne. Masalah sendiri pun tak selesai. Oh ye, sebelum start semester baru tu sempat jugak aku diheret ke Hutan Lipur Gunung Dato. Menarik juge tempat tu. Sesuai utk seisi keluarga. Adik2 aku sakan bermandi-manda, kakak diorang duduk tepi je bace novel (bajet ape ntah) sambil makan kek batik (my favourite, heheh).
Lepas adik aku masuk sem baru, cuti sekolah pun bermula. So Mak pun menjadi suri rumah sepenuh mase. Bangun2 je dah ada makanan. Haha.. Bahagia betol. Weekend baru la keadaan meriah sikit bila adik bongsu aku balik kejap dari IKBN. Adik aku yang tengah tu pun balik sebab br awal2 sem ni kan, mana la busy sangat. Nenek ku juge dengan baik hatinya telah menye-ponsor barbeque.. (ayat cikgu BM.. teruk gile!) jadi kami sekeluarga pun bergerak ke Sri Kembangan. Berjumpe dgn sanak saudara dan kaum keluarga (mcm lagu raye je bunyi nye). Makan2.
Persoalannya, sikit pun aku tak selitkan tentang tesis sepanjang holiday entry ni. kenapa? sebab aku malas sangat nak fikir. cuti empat bulan ternyata bukanlah cuti empat bulan. seminggu dah habis pada proposal dan EPRD. Dan buat insan malang seperti aku, ternyata proposal aku belum lengkap lagi (masalah yang aku sendiri cari). beratnya ujian ini. hati yang "nak" berada di rumah adakalanya berada di UPM. Di Kolej Canselor untuk lebih tepat. Atau mungkin di fakulti. Dan mana2 tempat lagi yang menawarkan bahan untuk kajian aku ni. mungkin juga dalam bilik penyelia. cuti yang lama, siapa kata akan membawa bahagia? lebih2 lagi dengan kehadiran tesis sebagai "penyeri". renung2kan dan selamat beramal.

p/s: dan dlm hati pun berkate, baik xpayah cuti! tapi concious mind mengingatkan, tak baik kate mcm tu.. tu tak bersyukur namanya! bukan xblh cuti ok, cuma kena merancang dan menggunakan serta memanfaatkan masa cuti dengan sebaiknya. (cuti dah sebulan baru nk sedar! the man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th. hope it's not too late!)

sekian. (entri kali ni memang ntah ape2, mood tak stabil. sorry)

2 ulasan:

Engku Muzahadin berkata...

the man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th....

This words reminds me to wake up!
Hopefully..is not too late!

WaRKaH CiNTa berkata...

Wise words from Hlovate. It's meant to be shared.