SaUDaRa SiBeR

Jumaat, 5 Ogos 2011

Holiday Entry II

Sedar tak sedar, dah dekat dua bulan jugak lah aku tak update blog ni. Bukan apa, cuma takde benda nak cerita amboi, kalau dah update ni ada lah ceritanya tu yer? Ok. First entry hari tu aku membebel tentang permulaan cuti sem yang 'indah' itu. Dah dekat penghujung cuti sem ni, apa khabar agaknya aku ni? Masih waras? Separuh gila dah sebenarnya. Hehe..
Laptop aku dah lama rosak. Sangat sedih Terasa macam tak boleh nak function tanpa laptop sendiri. Oleh itu kerja-kerja tesis aku agak terganggu tambahan dengan koleksi citer Korea yang tak sempat aku khatamkan lagi Agak sadis. Digemparkan lagi dengan penutupan library FPP masa cuti. Bertimpa-timpa. Kalau dilihat dari sudut sesebuah assignment, projek tahun akhir ni antara assignment yang betul-betul boleh buat orang macam aku ni hilang kewarasan kejap. Yang aku tau, aku buat apa yang aku mampu sekarang ni. Hasilnya nanti terserah. Aku dah buat apa yang aku mampu. Cabaran menjadikan kita orang yang berbeza setiap kali. Dan, dalam setiap perkara pastinya ada perkara yang kita sesalkan. Tak boleh nak lari dari kenyataan tu.
Puasa? Hm.. Begitu sajalah. Walaupun dah dekat 5 hari berpuasa, aku masih mencari-cari rutin harian yang sesuai. Yang aku boleh ikut. I live according to my routines. Pelik, kan? Tapi nak buat macam mana. Ini lah diri. Aku hanya mampu merancang tapi nampaknya ada takdir yang berbeza sedang mengambil tempat dalam kehidupan aku kini. I am mentally and emotionally unprepared for this. Siapa yang tak takut tentang sesuatu yang tidak diketahui, kan? For now I could just wish for the best and do what I can. I've lost passion. Good day people.

P/S : Selamat berpuasa semua. Walau terlewat. Semoga ada yang berbeza pada Ramadhan kali ini.

6 ulasan:

ANA D berkata...

x lame lagi dh nak naik sem lah kite ye

WaRKaH CiNTa berkata...

Ye Cik Ana D. Gerun mengenangkan cabaran yang menanti. Hoho ^.^

cik Es ღ berkata...

selamat hari raya! oppsss--


selamat berpuasa:) hehehe..

WaRKaH CiNTa berkata...

haha.. thanks syida dear.. bersabarlah anda dalam menuju 1 syawal yg bakal menjelang tiba tu yer!! =P

DentroLeggerai berkata...

terion
aku tak buat apa lagi pasal tesis tu....

WaRKaH CiNTa berkata...

Jangan nak menipu ye encik Dentro Leggerai.. Aku cepuk ko kang! =P