SaUDaRa SiBeR

Selasa, 15 Disember 2009

Gomenasai..

Maaf kerana sudah terlalu lama menyepi. Mungkin penulisan bukan sebahagian dari dunia saya, lantas saya bertindak menyepi sambil mencari ketenangan dan menenggelamkan diri dalam timbunan cerita dan lagu-lagu Korea yang saya gilai. Cuti semester kali ini hadir dengan pengalaman baru. Saya tidak bercuti sepenuhnya di rumah, malah cuba mencari ruang berbakti kepada kolej yang sudi "menumpangkan" saya.
Dalam kemelut mencari jalan sendiri, saya bertemu dengan pelbagai ragam manusia yang aneh dan mengkagumkan dalam cara mereka yang tersendiri. Saya berusaha mengenali, memahami lantas menyertai perjuangan mereka. Namun saya tidak pernah merasakan 'sense of belonging' itu. Meminjam kata-kata kawan saya, Ana, yang menyertai Kursus Kepemimpinan Canselor baru-baru ini. Frasa 'sense of belonging' itu menyentak-nyentak benak saya, membuatkan pemikiran menjadi kacau seketika. Tatkala masih berfikir-fikir, saya bertindak menulis entri ini.
Ada teman yang sudah rindu menatap catatan pengalaman saya, barangkali. Cuti semester seolah-olah menambah jarak kami yang sudah terpisah dek kesibukan. Dunia blog sememangnya berwarna-warni, apatah lagi saya menjadi follower bagi blogger dari segenap usia dan pelbagai latar belakang juga. Saya sangat seronok membaca catatan mereka, dan diam-diam menyokong segala usaha yang mereka lakukan. Semoga suara bloggers takkan pernah terhenti, walau apa jua perkara yang ingin dikongsi. Ana, tolonglah menulis kembali! Hehe..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

thanks sb ada name aku...sense of belonging???

WaRKaH CiNTa berkata...

Yup.. Kau takkan tahu betapa besar makna frasa tu dalam hidup aku. Hehe.. Thanks sebab perkenalkan aku pada frasa tu, tau!

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya frasa 2 dh lame ada kt kc ni...