SaUDaRa SiBeR

Sabtu, 19 Disember 2009

Hari-hari Terakhir sebagai AJK Persada :)

Saat saya menulis entri ini, sebuah kesedaran telah melanda diri saya. Hanya tinggal beberapa ketika sahaja lagi usia saya berbakti akan berakhir. Itupun jika sebarang usaha yang saya lakukan di sini dianggap sebagai berbakti. Hm.. Semuanya, jika ingin dirangkumkan merupakan sebuah pengalaman yang mematangkan.
Semalam, saya bersama teman sebilik menjengah Mines untuk kesekian kalinya. Kami yang kelaparan menghadapi masalah membuat keputusan untuk memilih makanan tengahari kami. Akhirnya, restoran Pizza Hut berdekatan panggung wayang menjadi pilihan kami. Setelah mengisi perut, kami membuat keputusan untuk mencari sebuah kedai buku yang baru dibuka di Mines. Gramedia Bookstores, kali pertama melangkah masuk ke dalamnya saya disapa hawa sejuk yang memenuhi ruang kedai. Kedai? Mungkin gambaran itu agak tidak bersesuaian. Kedai buku ini merupakan sebuah lot kedai yang agak besar di Mines. Kami dijamu dengan susunan pelbagai buku di hadapan kedai. Tatkala kami melangkah lebih dalam, saya meninggalkan Ana yang ralit meneliti pelbagai barangan yang terdiri dari alat-alat tulis. Hati saya lebih tertarik kepada ruangan novel di belakang kedai.
Sememangnya terdapat pelbagai pilihan buku di sini, saya cuma berharap agar buku-buku kesusteraan Melayu diperbanyak. Tentu kedai ini akan menjadi tumpuan warga UPM nanti, itu kata hati saya. Semester depan, pasti saya akan menjengah kedai ini lagi.
Sebelum pulang, kami sempat bertanyakan tentang buku terakhir dari siri Twilight, Breaking Dawn. Namun nasib tidak menyebelahi saya sebetulnya. Buku Breaking Dawn, yang saya telah sentuh ketika kami mula-mula masuk ke kedai tidak dijual kepada pelanggan. Tak sangka buku itu akan kehabisan stok. Terima kasih kepada Kak Siti yang menceritakan kepada saya tentang kedai ini. Saya amat-amat terhutang budi kepada akak! :)

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kesian kt ko diana...dh lah x dpt beli buku breaking down,lg mlang bile buku faisal tehrani ko hilang...aku turut tumpang sedih...

WaRKaH CiNTa berkata...

Hehe.. Aku pun malas nak cari. Nampak sangat aku tak sayang buku Faisal Tehrani tu :P

Tanpa Nama berkata...

nasib baik jumpa gak buku ko 2...